Assalamualaikum W.B.T, Buat saudara sekalian..Alhamdulillah ^_^ Kita Sentiasa Diberi Kesempatan Untuk Beramal Dan Terus Memperbaiki Diri Untuk Menjadi Hamba ALLAH SWT YANG DIREDHAI-NYA

Sunday, 22 September 2013

AL-FATIHAH BUAT IBU-BAPA SEDUNIA...



Ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu ibu,
betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku,
Terbayang senyuman yang selalu ibu pamerkan,
bagaikan tiada keresahan,
Walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata,
namun tak pernah sekali ibu tinggalkan diriku sendirian.

Ayah dikala aku kesorangan ku terkenangkan pengorbanan mu,
betapa berat tanggungjawab mu,
membesarkan ku,
menanggung dosa-dosa ku,
memberi ku nafka dan pakaian secukupnya,

Ayah kekadang kau merotanku,
menasihatkan aku tapi aku mengendahkannya,
Ayah ku tahu kamu ingin mengajarku,
Agar tidak ku mensia-siakan masaku,
Ayah terima kasih atas pengorbanan mu selama ini,
Ayah engkaulah Pahlawan sebenar bagiku...

Sahabat Sayangi Ibu&Bapa Kita Walau Dalam Apa Keadaan Sekali Pun Kerana Mereka Insan Yang Terpilih Untuk Membesarkan Kita Dengan Penuh Kasih Sayang Dan Ketegasan. Kadang Mereka Marah Kerana Perbuatan Kita, Namun Jauh Dilubuk Hati Mereka Begitu Dalam Kasih Sayang, Mereka Doakan Kesejahteraan Kita Dalam Doa Harian Mereka Tanpa Kita Sedari.

AL-FATIHAH BUAT IBU-BAPA SEDUNIA...

Ibunda Ayahanda.
Mama Papa.
Umie Abah.
Mummy Daddy.
Ama Lutau.
Nanai Tatai.
Inah Yapa.

We All Love You Both So Much Even You Are Not Here Anymore.. Thank You ALLAH SWT For A Special Moment You Give Us To Feel And Care About.Please Give Them Jannah For Being A Wonderfull Parents

DOA UNTUK YANG DISAYANG


YA ALLAH, 
Jika esok matahari tiada lagi buatku,
Jika esok adalah hari terakhirku. 
Kupinta doa padaMU dalam Setiap sujudku, 
jagalah meraka-mreka yang amat kusayangi... 
Berikanlah mereka-mereka bahagia disetiap hembusan nafas mereka. 
Kerana cinta kami padaMU lebih dari segalanya. Amin.


Moga Setiap Sujud kami Adalah Pembaharuan Taubat Kami.



Saturday, 7 September 2013

MEMORI DAN KATA-KATA DARI SEORANG YANG AKU SAYANGI

Assalamualaikum WBT,


Teringat kata ibu walau orang memperkatakan tentang kita, walau orang memburukan kita didepan maupun belakang kita, walau kita dicaci, walau kita dibenci, walau adakalahnya kita membuat sesuatu kebaikan namun tidak pernah orang menghargai kita, jangan jadikan alasan untuk kita pula memusuhi mereka, mengabaikan mereka, tidak hormat akan mereka, tidak menolong mereka ketika mereka inginkan pertolongan. Kerana mereka dan kita insan yang biasa ada kelebihan namun ada juga kekurangan yang membuatkan kita lebih dan kurang.
Jadilah insan yang mudah untuk memaafkan, mudah untuk melupakan kesalahan, mudah untuk mendoakan, dan mudah untuk memahami keadaan sekeliling.
Sebelum ibu sakit hari itu, sebelum ibu meninggalkan kami hari itu, sebelum ibu tidak ada lagi dalam kehidupan seharian kami. Hidup kami walau agak susah namun kami sentiasa bersama. Saya?! nak tau tak? Sayang seorang anak yang agak manja, namun sentiasa berusaha untuk mendapatkan pendapatan untuk diri juga keluarga. Saya saya saya....ketika ibu ada dulu, saya bukanlah seorang yang sentiasa ikut cakap ibu. Namun agak manja dari semua segi. Dulu waktu ibu ada. Sakitku ibu juga yang akan berusaha menyembuhkanku. Teringat pula ketika aku sakit dulu. Ibu tidak dapat tidur, menjagaku sampai aku sembuh, walau ketika itu aku mampu untuk buat semuanya. Dulu tanpa pelukan ibu aku susah untuk melelapkan mata walau waktu itu aku sudah pun besar.
Ibuku adalah ratu kami, dulu dia ibu dan dia jugalah ayah. Namun kini saya dan kakak pula menyandang tanggungjawab itu. Walau adakalahnya agak paya untuk pikul semua itu namun hidup mesti diteruskan. Bagiku segala tanggungjawab yang kami pikul adalah tanggungjawab yang akan kami bawa kealam lain. Moga kami jadi insan yang terus berusaha bertanggungjawab untuk diri, keluarga juga persekitaran. Dan yang pasti jangan pernah menyerah kalah untuk jadi lebih baik dari sebelum ini, kerana ALLAH SWT sentiasa ada, jika kita memeggang tali-NYA pasti kita akan berjaya kelak bukan hanya didunia berterusakn ke akhirat kelak.
YA ALLAH! AMPUNILAH KEDUA ORANG TUA KAMI, ENGKAU PERCEPATKANLAH PERJALANAN MEREKA MENUJU SYURGAMU, MEREKA ADALAH INSAN YANG KAMI SAYANGI MEREKA MEMBESARKAN KAMI DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN TANGGUNGJAWAB, MAKA ENGKAU KURNIAKANLAH MEREKA CAHAYA MENGHALA SYURGAMU YANG PENUH NIKMAT ITU.
WAHAI TUHANKU! MASUKAN KAMI KE DALAM URUSAN AGAMA KAMI DENGAN KEMASUKAN YANG BENAR LAGI MULIA, SERTA KELUARKAN KAMI DARIPADANYA DENGAN CARA KELUAR YANG BENAR LAGI MULIA ; DAN BERIKANLAH KEPADA KAMI DARI SISI-MU HUJAH KETERANGAN SERTA KEKUASAAN YANG MENOLONG KAMI.





07/09/2013 SABTU 11:23:00

Adakah Doa Kita Akan Termakbul?

Assalamualaikum WBT,
Kehadapan SahabatKu Yang Di Sayangi Dan Di Hormati.....
Boleh Saya Tujukan Soalan? ^_^...
Adakah Doa Kita Akan Termakbul?
Saya Harap AL-kisah saya ini boleh di anggap sebagai cerita yang menarik untuk di baca dan dijadikan pedoman dalam kehidupan ini....
AL-kisah tentang 2 beradik perempuan yang tinggal di hujung kampung. Mereka berdua adalah anak yatim-piatu dan daif. Mereka tinggal di rumah peninggalan Ibu/Bapa mereka. Ibu dan Bapa Meraka adalah dikalangan orang-orang yang taat dengan ALLAH SWT. Kedua Beradik ini sentiasa di ajar untuk sentiasa bergantung dengan Tali ALLAH SWT.
Saban hari si kakak berdoa agar ALLAH SWT mengubah nasib hidupnya. Dia berdoa agar dipertemukan seorang jejaka yang sangat kaya dan tampan. Dia sentiasa meminta agar dirinya menjadi insan yang kaya raya.
Si adik pula, adalah seorang yang agak lembab dalam hafalan. Tidak sama seperti kakaknya, dia membaca doa pun dengan tulisan yang ditulis di helaian kertas. Sebelum bapa mereka meninggal dahulu, si adik sempat meminta agar bapanya menulis sesuatu di helaian kertas, dan kertas itu sentiasa dibawanya kemana saja dia berada dan akan membukanya setiap kali dia berdoa.
Akhirnya, si kakak gembira kerana ALLAH SWT menemukan dia seorang lelaki tampan dan kaya raya. Lelaki itupun tertarik dengan kakaknya dan jatuh cinta lantas mereka berdua pun berkahwin. Si kakak seperti mendapat hujan emas dan mengubah kehidupan dan keperibadiannya. Lantas si kakak pun keluar dari rumah peninggalan Ibu/Bapa mereka, dan meninggalkan adiknya bersendirian di sana.
Si kakak hidup kaya raya, dan terus menjadi seorang yang kaya apabila dia menceburi bidang perniagaan. Dia begitu sibuk dalam perniagaan dan mula Alpa dengan ketaatannya yang diajar agar memegang tali ALLAH SWT, selalu melewat-lewatkan solatnya dan dia jarang membaca AL-Quran, tapi tidak sekali lalai untuk berdoa pada ALLAH SWT untuk sentiasa dikurniakan kekayaan. Kalau masuk bab bab perniagaan, kekayaan dunia, berderetaan doanya kepada ALLAH SWT. ALLAH berikan apa yang dia minta. Si kakak mula merasakan yang dia sangat istimewa kerana sentiasa memperoleh apa yang dia kehendaki.
Adiknya pula, kehidupanya tidak sedikitpun berubah. Dia seorang yang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang yang lembab, di dikurniakan dengan kerjaya yang sederhana, dia terus tinggal dirumah peningalan Ibu/Bapanya. Adiknya juga seorang yang rajin berdoa malahan tidak pernah melupakan apa yang di ajar oleh Ibu dan Bapanya dulu. Kakaknya tahu adiknya memang rajin berdoa. Tapi kakaknya melihat kehidupan adiknya tidak berubah-ubah. Pada suatu hari, ketika si kakak menziarahi adiknya. Dengan sombong dia berkata: ”kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, setiap doa yang ku pinta sentiasa dikabulkan. Kau tidak cukup hampir dengan ALLAH SWT sebab itu doamu tidak pernah dikabulkan. Berdoa pun sentiasa tengok kertas tak cukup hebat.” Si adik hanya tersenyum ketika itu. Kakaknya berasa tegurannya itu amat bermakna namun si adik terus hidup sederhana, di rumah peninggalan Ibu/Bapa meraka itu. Dengan doa melihat helaian kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak pernah berubah. Tidak menjadi kaya seperti kakaknya.
Beberapa bulan kemudian si adik meninggal dunia kerana sakit. Ketika kakaknya mengemas rumah pusaka itu, dia terjumpa helaian kertas yang sentiasa dibawa dan sering kali melihat helaian itu ketika berdoa. Lalu si kakak menangis teresak-esak apabila dia membaca helaian kerta itu.
Kertas itu tertulis: “Ya ALLAH, segala puji bagiMU Ya ALLAH, Engkau kabulkanlah segala permintaan KakakKu yang amat aku sayangi.”
Si kakak mula sedar. Adiknya kekal taat kepada ALLAH SWT dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH SWT, malahan tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya sentiasa meminta agar ALLAH SWT mengabulkan permintaan kakaknya. Kakak mula sedar bukan doanya yang dikabulkan. Tetapi doa adiknya, ya doa adiknya yang telah diterima dan ALLAH SWt sentiasa kabulkan. Lantas segala doa yang kakak minta semuanya terkabul.
Pelajaran bagi AL-kisah ini adalah kita janganlah berasa takbur dan berpuas hati apabila doa kita sentiasa dikabulkan sedangkan kita tidak tahu, mungkin kerana makbulnya doa kita adalah doa dari Ibu/Bapa, adik beradik kita, sahabat-sahabat kita dan bukan kerana kita berdoa. Mungkin doa dari orang lain yang lebih bersih dan luhur hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat ALLAH SWT tumpah kepada kita. Jangan berasa doa kitalah yang makbul. Doa hanyalah sebahagian dari usaha. Semoga cerita ini dapat sedikit sebanyak manfaat untuk kehidupan kita.




★Hadis & Kata Pilihan★

★Hiburan Minda★

Copyright @ 2013 hamba ALLAH.