Assalamualaikum WBT,
Kehadapan SahabatKu Yang Di Sayangi
Dan Di Hormati.....
Boleh Saya Tujukan Soalan? ^_^...
Saya Harap AL-kisah saya ini boleh
di anggap sebagai cerita yang menarik untuk di baca dan dijadikan
pedoman dalam kehidupan ini....
AL-kisah tentang 2 beradik perempuan
yang tinggal di hujung kampung. Mereka berdua adalah anak yatim-piatu
dan daif. Mereka tinggal di rumah peninggalan Ibu/Bapa mereka. Ibu
dan Bapa Meraka adalah dikalangan orang-orang yang taat dengan ALLAH
SWT. Kedua Beradik ini sentiasa di ajar untuk sentiasa bergantung
dengan Tali ALLAH SWT.
Saban hari si kakak berdoa agar
ALLAH SWT mengubah nasib hidupnya. Dia berdoa agar dipertemukan
seorang jejaka yang sangat kaya dan tampan. Dia sentiasa meminta agar
dirinya menjadi insan yang kaya raya.
Si adik pula, adalah seorang yang
agak lembab dalam hafalan. Tidak sama seperti kakaknya, dia membaca
doa pun dengan tulisan yang ditulis di helaian kertas. Sebelum bapa
mereka meninggal dahulu, si adik sempat meminta agar bapanya menulis
sesuatu di helaian kertas, dan kertas itu sentiasa dibawanya kemana
saja dia berada dan akan membukanya setiap kali dia berdoa.
Akhirnya, si kakak gembira kerana
ALLAH SWT menemukan dia seorang lelaki tampan dan kaya raya. Lelaki
itupun tertarik dengan kakaknya dan jatuh cinta lantas mereka berdua
pun berkahwin. Si kakak seperti mendapat hujan emas dan mengubah
kehidupan dan keperibadiannya. Lantas si kakak pun keluar dari rumah
peninggalan Ibu/Bapa mereka, dan meninggalkan adiknya bersendirian di
sana.
Si kakak hidup kaya raya, dan terus
menjadi seorang yang kaya apabila dia menceburi bidang perniagaan.
Dia begitu sibuk dalam perniagaan dan mula Alpa dengan ketaatannya
yang diajar agar memegang tali ALLAH SWT, selalu melewat-lewatkan
solatnya dan dia jarang membaca AL-Quran, tapi tidak sekali lalai
untuk berdoa pada ALLAH SWT untuk sentiasa dikurniakan kekayaan.
Kalau masuk bab bab perniagaan, kekayaan dunia, berderetaan doanya
kepada ALLAH SWT. ALLAH berikan apa yang dia minta. Si kakak mula
merasakan yang dia sangat istimewa kerana sentiasa memperoleh apa
yang dia kehendaki.
Adiknya pula, kehidupanya tidak
sedikitpun berubah. Dia seorang yang sederhana, dengan kelemahannya
sebagai seorang yang lembab, di dikurniakan dengan kerjaya yang
sederhana, dia terus tinggal dirumah peningalan Ibu/Bapanya. Adiknya
juga seorang yang rajin berdoa malahan tidak pernah melupakan apa
yang di ajar oleh Ibu dan Bapanya dulu. Kakaknya tahu adiknya memang
rajin berdoa. Tapi kakaknya melihat kehidupan adiknya tidak
berubah-ubah. Pada suatu hari, ketika si kakak menziarahi adiknya.
Dengan sombong dia berkata: ”kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku,
setiap doa yang ku pinta sentiasa dikabulkan. Kau tidak cukup hampir
dengan ALLAH SWT sebab itu doamu tidak pernah dikabulkan. Berdoa pun
sentiasa tengok kertas tak cukup hebat.” Si adik hanya tersenyum
ketika itu. Kakaknya berasa tegurannya itu amat bermakna namun si
adik terus hidup sederhana, di rumah peninggalan Ibu/Bapa meraka itu.
Dengan doa melihat helaian kertas saban hari, dan kehidupannya tetap
tidak pernah berubah. Tidak menjadi kaya seperti kakaknya.
Beberapa bulan kemudian si adik
meninggal dunia kerana sakit. Ketika kakaknya mengemas rumah pusaka
itu, dia terjumpa helaian kertas yang sentiasa dibawa dan sering kali
melihat helaian itu ketika berdoa. Lalu si kakak menangis
teresak-esak apabila dia membaca helaian kerta itu.
Kertas itu tertulis: “Ya ALLAH,
segala puji bagiMU Ya ALLAH, Engkau kabulkanlah segala permintaan
KakakKu yang amat aku sayangi.”
Si kakak mula sedar. Adiknya kekal
taat kepada ALLAH SWT dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan
ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH SWT,
malahan tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya sentiasa
meminta agar ALLAH SWT mengabulkan permintaan kakaknya. Kakak mula
sedar bukan doanya yang dikabulkan. Tetapi doa adiknya, ya doa
adiknya yang telah diterima dan ALLAH SWt sentiasa kabulkan. Lantas
segala doa yang kakak minta semuanya terkabul.
Pelajaran bagi AL-kisah ini adalah
kita janganlah berasa takbur dan berpuas hati apabila doa kita
sentiasa dikabulkan sedangkan kita tidak tahu, mungkin kerana
makbulnya doa kita adalah doa dari Ibu/Bapa, adik beradik kita,
sahabat-sahabat kita dan bukan kerana kita berdoa. Mungkin doa dari
orang lain yang lebih bersih dan luhur hatinya, lebih suci jiwanya
yang makbul, menyebabkan rahmat ALLAH SWT tumpah kepada kita. Jangan
berasa doa kitalah yang makbul. Doa hanyalah sebahagian dari usaha.
Semoga cerita ini dapat sedikit sebanyak manfaat untuk kehidupan
kita.
0 comments:
Post a Comment