Assalamualaikum WBT,
Teringat kata ibu walau orang
memperkatakan tentang kita, walau orang memburukan kita didepan
maupun belakang kita, walau kita dicaci, walau kita dibenci, walau
adakalahnya kita membuat sesuatu kebaikan namun tidak pernah orang
menghargai kita, jangan jadikan alasan untuk kita pula memusuhi
mereka, mengabaikan mereka, tidak hormat akan mereka, tidak menolong
mereka ketika mereka inginkan pertolongan. Kerana mereka dan kita
insan yang biasa ada kelebihan namun ada juga kekurangan yang
membuatkan kita lebih dan kurang.
Jadilah insan yang mudah untuk
memaafkan, mudah untuk melupakan kesalahan, mudah untuk mendoakan,
dan mudah untuk memahami keadaan sekeliling.
Sebelum ibu sakit hari itu, sebelum
ibu meninggalkan kami hari itu, sebelum ibu tidak ada lagi dalam
kehidupan seharian kami. Hidup kami walau agak susah namun kami
sentiasa bersama. Saya?! nak tau tak? Sayang seorang anak yang agak
manja, namun sentiasa berusaha untuk mendapatkan pendapatan untuk
diri juga keluarga. Saya saya saya....ketika ibu ada dulu, saya
bukanlah seorang yang sentiasa ikut cakap ibu. Namun agak manja dari
semua segi. Dulu waktu ibu ada. Sakitku ibu juga yang akan berusaha
menyembuhkanku. Teringat pula ketika aku sakit dulu. Ibu tidak dapat
tidur, menjagaku sampai aku sembuh, walau ketika itu aku mampu untuk
buat semuanya. Dulu tanpa pelukan ibu aku susah untuk melelapkan mata
walau waktu itu aku sudah pun besar.
Ibuku adalah ratu kami, dulu dia ibu
dan dia jugalah ayah. Namun kini saya dan kakak pula menyandang
tanggungjawab itu. Walau adakalahnya agak paya untuk pikul semua itu
namun hidup mesti diteruskan. Bagiku segala tanggungjawab yang kami
pikul adalah tanggungjawab yang akan kami bawa kealam lain. Moga kami
jadi insan yang terus berusaha bertanggungjawab untuk diri, keluarga
juga persekitaran. Dan yang pasti jangan pernah menyerah kalah untuk
jadi lebih baik dari sebelum ini, kerana ALLAH SWT sentiasa ada, jika
kita memeggang tali-NYA pasti kita akan berjaya kelak bukan hanya
didunia berterusakn ke akhirat kelak.
YA ALLAH! AMPUNILAH KEDUA ORANG
TUA KAMI, ENGKAU PERCEPATKANLAH PERJALANAN MEREKA MENUJU SYURGAMU,
MEREKA ADALAH INSAN YANG KAMI SAYANGI MEREKA MEMBESARKAN KAMI DENGAN
PENUH KASIH SAYANG DAN TANGGUNGJAWAB, MAKA ENGKAU KURNIAKANLAH MEREKA
CAHAYA MENGHALA SYURGAMU YANG PENUH NIKMAT ITU.
WAHAI TUHANKU! MASUKAN KAMI
KE DALAM URUSAN AGAMA KAMI DENGAN KEMASUKAN YANG BENAR LAGI MULIA,
SERTA KELUARKAN KAMI DARIPADANYA DENGAN CARA KELUAR YANG BENAR LAGI
MULIA ; DAN BERIKANLAH KEPADA KAMI DARI SISI-MU HUJAH KETERANGAN
SERTA KEKUASAAN YANG MENOLONG KAMI.
07/09/2013
SABTU 11:23:00
0 comments:
Post a Comment