CUCI WAJAH 5 KALI SEHARI
agar wajah anda kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah
wajah denga air wuduk sekurang-kurangnya lima kali sehari. air wuduk
tersebut jangan dilap, sebaliknya dibiarkan kering sendiri. kemudian,
ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk
kesejahteraan dan kesihatan diri.
BERSENAM ELAKKAN STRES
untuk menghilangkan stres atau tekanan, anda boleh bersenam. bersenam
melalui solat. ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota
tubuh. dan inilah sebaik-baik senaman yang patut kita amalkan sebagai
umat Islam.RAHSIA BIBIR CANTIK
anda ingin memiliki bibir yang mungil, cantik dan berseri? tidak perlu oleskan dengan lipstik ataupun pelembap bibir, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti orang lain, dan juga tidak sombong atau takabur.
DIKENALI DAN DISAYANGI
agar diri anda lebih dikenali dan mempunyai ramai kawan ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di sekolah, kuliah, pejabat ataupun di sebarang majlis. selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda dapat juga meluaskan persahabatan. melalui cara ini, anda akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang.
TUBUH LANGSING JADI IDAMAN
untuk mendapatkan tubuh langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu mengambil ubat diet atau pil kurus. sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis pada setiap minggu akan membuatkan tubuh kekal langsing dan sihat. jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
0 comments:
Post a Comment