Assalamualaikum W.B.T, Buat saudara sekalian..Alhamdulillah ^_^ Kita Sentiasa Diberi Kesempatan Untuk Beramal Dan Terus Memperbaiki Diri Untuk Menjadi Hamba ALLAH SWT YANG DIREDHAI-NYA

Tuesday, 25 June 2013

Filled Under:

Solat Tiang Agama (Belajar Tahiyat awal & akhir)



Kita semua tahu yang ramai insan didunia ini yang telah menemui jalan (Taubat) serta ingin mempermantapkan diri kepada Allah. Dan tak mustahil juga di antara kita yang dah lama Islam, tetapi baru mendekatkan diri dengan Islam. Solat adalah tiang agama. Solat adalah sesuatu yang amat penting dalam aktiviti harian kita sebagai hamba ALLAH juga seorang muslim yang diredahi. Dengan itu, jika ada di antara kita tidak pandai tetapi mahu belajar tentang bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir dalam solat, di sini harap dapat membantu.

Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Jawi:







Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:


Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”

Makna / Terjemahan bacaan Tahiyat Awal:


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.




Bacaan Ketika Tahiyat Akhir dalam Jawi:





Bacaan Ketika Tahiyat Akhir dalam Rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad (#) kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”

Makna / Terjemahan bacaan Tahiyat Akhir:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (#) Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

1 comments:

  1. kalau tak dapat ingat langsung tahiyat akhir mcm mana ?

    ReplyDelete

★Hadis & Kata Pilihan★

★Hiburan Minda★

Copyright @ 2013 hamba ALLAH.